Monday, July 11, 2011

satu pi, sepuluh mai

Assalamualaikum semua ... ! :)

kali ni dinda nak share something pasal hubungan dengan balak. ni pun hasil pengalaman dinda dan member-member sekeliling dinda lah. dinda terkenal dengan sikap seorang kekasih yang tiada perasaan. kenapa dinda cakap lagu tu ?

sebab satu kes ni yang mana member dinda ade putus cinta sama dia punya balak la, bukan sorang ada la dua tiga member kes yang sama hok lagu ni. apa yang dinda tabik dieorang boleh menangis, ada rasa kecewa dan boleh mengganggu life dieorang ada lah dalam beberapa bulan. hurm

apa yang dinda tabik tu bukan perli tapi betul-betul punya tabik sebab mereka ada hati yang jitu dan setia terhadap balak masing-masing. dinda tabik sebab dinda ni hati entah diperbuat dari apa entah. dinda mengaku dulu la time ada renggang dengan ex, agak la kecewa tapi seminggu je kot tak betul. lepas tu, dinda boleh relax je. setahun kemudian ex datang cari balik, time tu la dinda baru teringat oh mamat ni yang reject aku dulu. :(

dinda sebenar kesian tengok member-member yang boleh down tahap gaban, bukan apa dinda kalau boleh nak nasihat la, kalau balak lu tinggalkan lu, lu buat relax je, memang la dalam seminggu tu macam tak keruan tapi lu maintain je, tahan hati lu. tak bukan apa, setakat balak tinggalkan its okay its alright bebeh, kalau suami lu yang dah akad nikah tu baru la sesuai nak melalak macam kena sebat kat pungkok. betul tak? ehbaru dinda perasan terguna lu-lu lak, ni identiti dinda sebenar. *kurang adab. maafin.

okay, girls biarkan hati yang paling dalam itu untuk lelaki sebenar dan bukannya yang belum sah dia suami kita. chill !

*maaf kalau ada terguris hati terkasar bahasa. love love love.

No comments:

Post a Comment