Saturday, November 12, 2011

ubi ungkep

Assalamualaikum semua ... ! :)

ehe. ni mademoiselle sudah berada di seksyen 7 shah alam ya.

ok ni nak share something special pasal/fasal makanan jawa. sebenar banyak makanan jawa yang aku suka tapi yang paling paling paling nak promote adalah UBI UNGKEP. ubi ungkep ni sama je macam ubi rebus tapi ke'best'an-nya sebab ada rasa bawang dan lemak-lemak masin. ehe. ye-ye je? :P

camno nak buek?

 kasik scroll down your mouse .. jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.

ubi yang sudah dikupas kulitnya, dibersihkan dan rebus sehingga ubi empuk.
masa nak rebus tu taburkan satu sudubesar garam (sukatan garam ni ikut kesesuaian ye, satu sudu besar garam selalu aku guna untuk 5 biji/batang ubi ) - untuk bagi rasa lemak-lemak masin.'

kemudian,
bila ubi dah betul-betul empuk (aku suka rebus sampai jadi lembik), tuskan air lebihan rebusan ubi.


potong beberapa bawang besar (ni pun ikut kesesuaian, kalau lebih bawang rasa ubi macam manis sikit).
 tumis/goreng bawang yang dipotong tadi dalam periuk, tumis sampai naik bau/kekuningan tapi jangan sampai kering,
campurkan ubi rebus tadi dengan bawang yang ditumis, gaul-gaul sampai sebati. ehe

dah siap, bolehlah dimakan begitu sahaja takpun dengan sambal tumis ikan bilis.


cuba-lah ye!




p/s: gambar di ambil hasil google. resepi ubi ungkep ni ada macam-macam jenis. google je ok. try-lah pasti dari seketul jadi berketul-ketul

No comments:

Post a Comment