Tuesday, February 28, 2012

praktikal

oh nak cerita masa aku kat perodua. pengalaman as a trainee.

ada member(s) yang merungut sebab dieorang kena buli, banyak kerja, etc. tapi yang aku pula, aku kesian kat senior manager aku sebab dia yang pening kena buli dengan aku. ehe bukan apa, kerja yang dia suruh buat sistem komponen aku tak siapkan. alasannya aku sibuk ikut manager pergi event itu ini. nak buat macam mana manager cakap lagi aku kena dengar dari senior manager. ehe

sebenarnya, manager aku sengaja bawak aku jumpa clients dari luar, meeting dengan manager lain. dia cakap nak build confident level aku lah, katanya. tapi serius enjoy juga walaupun mula-mula kekok juga nak berdiri, duduk, terlentang dengan bos-bos besar. dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. lama-lama, dah ok. tu yang bila present depan class memang laju je even without any texts / preparation. thanks Encik Abi - sangat humble, muka je macam tegas gila. :)

dalam buku .. err! blank. tak ingat nama buku tapi setiap student memang diberi satu buku untuk catat apa aktiviti sepanjang praktikal. mostly, kat buku tu aktiviti aku more to contact with foreign visitors / held events / usherettes / meetings. sistem yang aku buat maybe 20% sahaja. cool.

hah. yang best kat perodua. 90% lelaki, dah la workaholic, tak banyak kerenah, sempoi je, biasa-lah orang lelaki nampak je tak serius tapi bila buat kerja, FOKUS!

kadang-kadang aku saje bangun awal-awal sebab nak cepat-cepat dapat seat dalam bus sebabnya kalau lambat ... yang lelaki ni semua teruk tau, dieorang kalau nampak ada perempuan, suka sangat biar kita terpaksa duduk kat sebelah dieorang. memang buat muka kesian pun dieorang tak layan. kalau balik kerja pun sama, kena cepat-cepat kejar bas sebab nanti bila balik nak elak dari duduk sebelah dieorang, bukan apa time petang yang lelaki ni semua dah mula aktif, ada je nak mengusik. ape pun, dieorang nakal bertempat takde sampai ganggu lebih-lebih. (: saya puji pekerja perodua !


oh. untuk degree ni pun ada lagi praktikal, tak sabar!

tips praktikal
- cuba maniskan muka, peramah tapi jangan melampau sangat.
- kalau ada yang sakitkan hati, cool je.
- banyak bertanya kalau tak tahu
- rendah diri

:) !

No comments:

Post a Comment