Friday, August 30, 2013

cerita 27 ramadhan

Assalamualaikum semua ... ! :)

kalau ikutkan dekat dua bulan dah aku lepak dekat rumah sambil menanti kerja yang sesuai (sesuai pada mata mak aku). Ikutkan aku nak je keluar dari daerah aku ni untuk cari kerja, duduk dekat mak bukan tak boleh tapi kang kerja shift sikit dia yang risau balik lambat la apa, padahal pada aku kalau dah nama muda, rehat tu harus sikit, sikit sangat sebab tenaga kau banyak.

tapi, dengan dua bulan ni lah aku sedar aku kena ada dekat dengan mak. lagi-lagi kesihatan mak makin kurang, kewangan pulak tak stabil, haih. silap-silap aku boleh marah tuhan tapi bak kata mak, "hidup itu ada pusingan, ingat tak masa tuhan bagi mak sihat, bagi kita senang, jangan lupa tu, sekarang tuhan bagi susah sikit je dah nak merungut". alhamdulillah aku ada mak yang selalu ajar anak-anak untuk positif dengan tuhan.

27 ramadhan ajar aku pengorbanan. well, aku anak bongsu. mana pernah berkorban apa-apa sepanjang membesar. masa nak raya hari tu, mak kurang duit, kakak abang semua bukan gaji besar, nak harapkan dieorang pun kena fikir dua tiga kali untuk bantu. jadi, aku teringat duit peti besi yang ayah tinggalkan. rasanya aku punya sorang je yang masih utuh (yelah takde komitmen lagi..hihi). so, aku buat keputusan keluarkan 3k untuk mak buat belanja. aku surprise-kan kat mak masa sebelum tidur (aku memang tidur kat mak sejak ayah dah meninggal).

aku masih ingat air mata gembira mak masa aku cakap, "mak, idek nak bagi mak 3k buat raya nanti". tambah lagi bila mak kata, "mak tak tahu nak ucap syukur macam mana bila ada anak yang ingat nak tolong mak".

kau tahu tak, air mata gembira mak tu lah yang paling mahal. air mata gembira time dapat result baik-baik itu dah terlalu biasa, jadi yang baru-baru ni buat aku tersentuh sangat. bantuan kecil je tu nak dibandingkan dengan permintaan-permintaan aku dari kecil sampai besar. bayangkan teddy bear je ada berapa yang aku request. jeans yang aku pakai dari dulu sampai sekarang ada dekat 10pasang, itu dah berapa. tang makan jangan cakap. tang duit perbelanjaan time belajar walaupun aku pakai ptptn. mungkin tak mampu aku bayar 'hutang' kat mak ayah. cis! tersedih


doa yang aku pohon setakat ni, beri kesihatan yang baik-baik untuk mak, mudahkan dia tunaikan umrah dan haji, berilah kegembiraan dan kesenangan yang melimpah ruah, jangan ada setitik pun kesedihan dan kesusahan yang mak rasai.



Kau tahu kan Tuhan, hanya dia Gadisku.


No comments:

Post a Comment