Sunday, August 21, 2011

inspired by versus-hlovate

Assalamualaikum semua ... ! :)

ape tu novelista. entah?

hurm. tadi baru lepas baca novel VERSUS - HLOVATE.
 ce baca ce baca, mana tau kenan kan.

okay, ini serius bahawasanya aku udah tangkap cintan sama itu novel. arghh! nak jerit lagak gadis korea yang gedik nak mamps. ahhh ahhh. okay mencarut lagi.

serius beb.novel ni cun. dah la comel gila kisah si Minn Edina dan Ashraff Omar. homai homai. lagi satu, penulis ni pandai tau, pada aku la dia cuba bawa satu cerita yang berkaitan dengan "kadang-kadang keburukan yang terjadi pada diri kita adalah lebih baik daripada kebaikan yang kita harapkan" dan sama juga dengan "kadang-kadang apa yang kita tak suka lebih baik dari apa yang kita suka". #read twice/thrice if you are totally bimbo. er..actually, slow in understanding. peace. :)

ayat ni aku suka sebab dalam hidup aku ni banyak juga yang aku korbankan apa aku suka untuk apa yang aku tak suka dan kemudian, yang aku tak suka ni lebih banyak bawa kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup aku.

contoh, pakai tudung. haha ini serius, aku selalu rasa aku tak sesuai bertudung, sebab kononnya aku gangster. :) tapi bila pakai tudung ni sebenarnya dia/ia mengajar aku tentang adab dimana bila memakai tudung otomatikali aku akan jadi agak sopan la. ini serius, mungkin kau-kau tak berpeluang mengenali aku dengan lebih jitu sebab apa? ntah. tapi member yang sama ideologi kenal-lah. time bertudung serius beb, terkawal kelakuan tapi time tidak bertudung, fuh. puncak KLCC pun aku leh tawan. :)

contoh lagi, time nak sambung belajar. kat mana? kat bumiputera je layak. aku serius taknak sambung. ceh konon nak kerja, ceh konon kerja lagi hebat. last-last dengar cakap mak, apply then dapat kos apa ntah tapi yang penting takde subjek law la. mula-mula, give up rasa macam susah tapi bila dah dua tiga empat bulan rasa wow! seronok oi kos ni. bertambah seronok lagi bila result better than diploma. keh keh bukan terbaik tapi lebih baik. :)

fuh. okay, dulu aku tak suka baca novel sebab takde ayat perangsang merangsang jiwa dan bukannya nafsu. berbeda sekarang, macam seronok baca novel sebab ada kata-kata yang menaikkan semangat dan bukan syahwat. hesh. mencarut lagi di bulan ramadhan. keh keh.

jadi, kepada sesiapa yang tak berapa suka novel, sila-lah mencuba, tak salah. cuba hlovate ke sebab macam cool gila, penulis lain pun boleh aja, disamping menambah ilmu, menambah rasa jiwang, boleh menambah income penulis-penulis kat malaysia ni.

akhir kalam, samat sore bapak-bapak ibuk-ibuk.



No comments:

Post a Comment