Thursday, August 4, 2011

lagi cerita tentang ayam fared

Assalamualaikum semua ... ! :)

stabil untuk siapa .. ?

 kulit depan menggiurkan :P

okay, baru je dapat buku-buku si ayam fared ni.

ada suara-suara yang berkata buku ini tiada apa-apa, itu ini komen yang aku tak pinta.

pada aku ia banyak tentang hati.

ada juga aku tak sependapat dengan apa yang si ayam ni katakan dalam buku dia ni tapi itu pandangan dia, aku respek dan aku tetap rasa berbaloi beli sebab aku tak rasa hanya perbedaan ideologi, aku nak blacklist orang-orang macam dia, aku tak nak kata apa yang aku perjuangkan adalah benar dan orang lain salah, lebih banyak mendengar, memahami mungkin buat aku lebih faham tentang semua ini. mungkin.

aku lebih tertarik dari sudut open-minded dan kemanusiaan dalam diri ayam. entah. ini serius. aku bosan dengan kisah bohong, reka. aku suka banyak kisah tentang hati.


jangan dicantas rasa sebelum bermula
jangan ditikam emosi sebelum pasti
jangan dijarah jiwa sebelum ditanya
jangan dibunuh cinta sebelum dicuba
(ini serius. aku terasa)
kerana kau bukan Tuhan ... !
- Ayam Fared 




aku dah hilang cerita GADOH, harap-harap ada member yang simpan lagi cerita tu. serius best.

No comments:

Post a Comment