Saturday, December 31, 2011

pelamin anganku musnah

Assalamualaikum semua ... ! :)

tajuk takde kena mengena, kes tengok anjing doggy semalam.

oh yaa, nak share something, baru semalam lepak dengan member yang dah kenal lama dan baru kenal, kejap je dari 8pm sampai 3am (ni di kira kejap, kalau lama 24jam ye adek-adek) kat downtown area sebelah the mines, entah apa nama dia, tapi yang aku ingat-ingat lupa downtown tu the largest bazaar kat malaysia bukan europe ye adek-adek.

mula-mula bersihkan perut dengan makanan mamak, mamak mane? mamak Azhar Maju (bajet suruh orang ramai-ramai doakan dia maju, ceh aku cemburu!). time makan ni yang lelaki sibuk cakap pasal bisnes, bosan betul. yang aku separuh lelaki ni berbincang pasal mascara apa paling top sekarang. aha tak-lah tipu je.

sambil makan tosai garing favorito aku kalau ke mamak dan minum teh tarik&ais kosong, ada sorang lelaki lalu kat meja hadapan, dia salam-salam dengan kawan-kawan dia, siap ada yang cium tangan. ehe aku gelak dalam hati. mereka ada baju kot? aku takde tak boleh cium tangan, kena cium pipi je. ehe

lepas borak-borak-borak. zzzz macam dah mengantuk. kami atau kiteorang henjut ke downtown, pusing-pusing entah hape yang di tengok dan rasa nak beli tapi malas ikut nafsu. akhirnya, singgah satu kedai Outdoor World Adventure, homai homai lama gila tazkirah kami dapat dari akak indoq dan brader zam. tazkirah pasal mereka yang berminat tentang nature. cun doh. aku dan member sepakat nak buat aktiviti tu akan datang. maybe time cuti nanti. baru syok doh, dari aku bazir dua ratus untuk shopping macam pondan tu, baik aku tidur dalam hutan doh, baru la ganas doh. (dalam hati cuak jugak, aku dah lah takut gelap doh)

balik 3am tu sampai rumah 4am, aku isyak dalam 4.30am. (: kira ok aku isyak, selalu sujud syukur atas katil je kalau balik lambat.

ok, malam ni nak sambut new year, nak pergi mana? tunggu member sampai, kalau tak sampai mungkin aku tengok cerekarama kalau ada.

dah, bai!

No comments:

Post a Comment