Thursday, January 5, 2012

kakaks

Assalamualaikum ... ! :)

rasa nak cakap-cakap tentang kakak. dua orang kakak yang aku sayang. dua kakak yang lagi lembut dari adek dia yang garang dan panas baran.

along. nurul amalina. si burung kakak tua. ehe. entah kenapa dengan dia, aku mudah nak bergurau dan bermasam muka. kejap je gaduh nanti baik balik. gaduh pun sebab perkara kecik je, aku rimas benda tak kena, tak kena kalau katil tak kemas, tak kena kalau buku/mags dah baca tak simpan balik. selalunya aku bebel, along aku tarik muka dan mula nak merajuk, dia sensitip sangat. tegur kena ada cara. hati tisu. along ni tempat luah masalah best la, dia suka jadikan aku reference kalau berkaitan hal relationship. *macam aku berjaya dalam hubungan hati je. along ni boleh dikatakan sebagai anak yang tak pernah buat emak risau dan bijak bab-bab agama, bab solat/tajwid/sirah/muamalat/munakahat semua dia handal, kalau tak faham pasal umrah/haji, tak tau cara rukhsah solat, tanya jela dia. konfem dijawab dengan hujah yang bernas. along ni suka ingatkan adek-adek bila tiba time solat, ustazah kat rumah. ehe  :) selalu minat kiteorang lain. dia suka sangat drama melayu meleleh dan lagu-lagu lama. :)

kak na. nurul diyana. si danone. ehe. dia macam emak tapi bukan betul-betul macam emak. aku belajar masak dari kak na. aku belajar basuh baju dari kak na. aku belajar gosok baju dari kak na. sebab apa? sebab emak kalau ajar cepat nak marah sebab aku suka main-main berbanding kak na yang dah cool je layan adek dia yang tak pernah serius. kak na ni tak best kalau ajak bergurau, dia pending. lambat faham benda joke ni. tak syok tapi dia penyayang. kalau sakit, dia selalu lebih concern berbanding emak. kalau takut hantu pun dia selalu je buat macam dia berani, padahal dia lagi penakut. :) selalu minat kiteorang sama, suka tengok drama/movie HK, ah-rindunya time kak na tak kahwin. setiap malam jumaat/sabtu, stay up sampai 2/3pagi sebab tengok late night movie. lepas tu, bangun pagi makan breakfast nasi goreng 'pedasgilanakmampus' dengan telor lembik. 2pm dah get ready depan tv, tengok hindustan sama-sama. :)

sampai umur sweet 22 ni pun, dua kakak ni manjakan aku macam sweet 12 je.
oh tahun ni dah tak boleh mengada terlebih sebab tak lama lagi nak jadi 'ucu ida'. ameen, doakan sukses. ehe

No comments:

Post a Comment