Sunday, December 18, 2011

sisi tepi hidup: si linda

Assalamualaikum semua ... ! :)

si linda. wanita yang berumur antara 25-30 mungkin? semalam aku kenal dia dan terasa ingin cakap-cakap tentang dia hari ini. kenapa? entah.

malam semalam sempat aku makan bersama dan tahu sedikit tentang sesuku hidup dia, sesuku yang tak boleh dan haram untuk aku buat penilaian siapa dia sebenar. dan seperti biasa aku suka kenal manusia dalam-dalam berbanding kenal dari luaran semata.

nah! dia benar bukan yang di sangka. mungkin semalam lepas makan malam bersama, dia pesta mabok di kelab dangdut murahan Klang itu. dan hari ini, pagi tadi, dia panjat pokok mangga, jolok beberapa buah mangga semata-mata untuk teman yang bunting entah angkara siapa. dia kupaskan buah dan bagi kawan dia makan. baiknya kau layan kawan macam anak.

lagi, dia tak lepaskan aku balik. katanya duduk sebentar, dia nak bagi makan. aha. aku rasa dah macam kucing, kau nak bagi aku makan. takpe-la. dia jamu aku dengan makanan hasil duit gajinya, entah halal atau tidak, mungkin aku terlupa sebentar tentang halal haram bila nampak makanan sedap tapi deras aku niat dalam hati kalau haram, KAU halalkan la ya Allah. *sifat manusia yang kerap ingat tuhan bila terlajak.

cukup satu malam dan beberapa jam aku dengan si linda, aku nikmat betul-betul saat itu, saat yang kau takkan faham kalau kau duduk atas sofa-empuk-gebu-palsu-duniawi!

akhir, sebelum aku tinggalkan rumah yang penuh dengan mesra penghuninya walaupun luaran mungkin busuk, kotor tapi cukup buat aku rasa bahagia itu, sempat si linda bilang, 'tudung bukan sekadar perhiasan, pakai tudung ikut hati dan bukan ikut suka'.

kak, sehari bersama kau buat aku titis air mata, aku masih beruntung menjadi anakjaiman. aku masih beruntung menjadi anak bongsu yang ditatang tanpa kenal susah, yang ditatang sehingga gebu, berakal dan beradab. terimakasih benarkan aku singgah sebentar di rumah. semoga tuhan balas apa kebaikan yang kau buat. kuat-lah hadapi segalanya. (=

bukan aku tidakkan apa yang diajar dididik ibu bapa dan adik beradik aku tapi jelas aku cari hidup lain yang bukan normal yang bukan pada mata kau semuanya cantik semuanya lengkap.



akan datang, aku cerita lagi mereka-mereka yang berada di sisi tepi hidup aku. semoga ada umur untuk itu.

No comments:

Post a Comment