Saturday, January 28, 2012

perli

Assalamualaikum semua ... ! :)

perli. ramai cakap aku kaki perli. bukan perli cuma niat nak mengingatkan. contoh, tadi kakak aku ada cerita pasal perempuan yang pakai baju nampak lurah dendam dan ada lelaki-lelaki yang komen buruk kat FB perempuan tu, kakak aku kata perempuan tu tak berapa senonoh la. selang beberapa jam, aku nak bagi tudung-tudung lama kat kakak aku, ada satu tudung tu memang senteng/pendek nampak la bentuk dada bulat perempuan, dia kata dia nak tudung yang tu sebab dia suka tudung senteng, lepas tu aku cakap la 'oh, kita pakai tudung senteng takpe, perempuan tu nampak lurah dendam tak boleh, betul gak, dia masuk neraka 1 kita neraka 2, neraka kan ada 7 lapis'. kakak aku cakap, perempuan tu lain nampak jelas lurah, kita at least bertudung. aha. macam-macam manusia ni. pada aku kalau da najis,najis juga. salah,salah juga.

ada juga contoh bila aku dengan kawan aku, masa lepak dekat kelab-ahli-neraka-je-berani-masuk, member aku cakap kat aku, 'perempuan depan kita tu hisap rokok, mabok der, bajet bagus, macam pros aku tengok', aku pun jawab, 'ye tak ye gak, kita ni kan suci tak macam pros, kita kan sekarang tengah jemaah kat masjid'. member aku cakap, kita lain, kan lepak je bukan buat apa. aha

contoh last, aku merayap dengan member aku lepas kelas hari jumaat. dalam 1.30pm kiteorang gerak pergi Jusco Bukit Raja, member aku terpandang satu pasangan, dia pun ayat 'ei..apa la kalau aku taknak lelaki macam tu, time solat jumaat gi dating dengan awek', aku pun jawab, 'kalau aku jadi lelaki tu, aku tengok kau, mesti aku cakap, ei.. apa la perempuan ni time solat zohor merayap kat shopping mall'. member aku terus jeling. ehe sesekali aku cakap benda betul pun kena marah.

maksud aku kat sini, kita sering terlupa yang kita masing-masing ada kesalahan sendiri, dosa sendiri, tak perlu pandang rendah atau label mana-mana manusia tu teruk, hina, busuk, beruk sebab belum tentu kita suci, mulia, sempurna.

tahi la semua ni. aku rela pekakkan telinga, butakan mata, bisukan mulut bila ada cakap-cakap manusia ni. susah la kalau kita ditakuk selalu je nampak mulia, kita langsung tak benarkan pemikiran kita ni bukak sikit.

aku memang teruk, hina dina, memang peratusan nak masuk syurga tu susah la tapi pada aku, aku taknak dan tak suka pandang hina kat orang lain. kau tinggi mana, kau rendah mana semua tu tuhan je layak labelkan.

jangan hanya bertudung dua tiga hari, tutup aurat asal tutup rambut, tak minum air setan, tak rokok .. kau dah rasa kau lebih baik dari yang lain. tolong-lah ubah cara kau fikir. bila kita sedar siapa kita, kita tahu mana tahap kita kat sisi tuhan.

dah tu je. salaaam

No comments:

Post a Comment