Tuesday, January 31, 2012

sisi tepi hidup: si temah

dengan hidung berhingus, tersumbat. dengan suara ramli sarip. dengan macam batu besar ada duduk atas kepala. aku duduk kat satu sudut kat rumah aku sambil hirup kopi buatan muar satu jug untuk aku sorang. kopi muar / kopi 434. kalau nak rasa meh la sini, konfem nak lagi dan lagi. aku memang suka kopi panas. eh dah kenapa cakap pasal kopi. tujuan asal nak cakap pasal temah (bukan nama sebenar). ok. srettttttttt bunyik hingus disedut masuk balik dan ditelan masuk ke tekak. ehe.

'si temah'
akhirnya aku terima pelawaan si Dato' berkepala licin. urgh! dah dua tahun tak henti-henti dia cuba pujuk aku untuk temankan dia sehari dua. Dato' lelaki 50-an, botak, kurus, ceria dan bekerja di selatan tanah air. Mulanya, aku panggil Dato' sebagai Sam (bukan nama sebenar) sebab masa perkenalan pertama, dia gelar diri dia Sam. aku tak tahu dia seorang Dato' sehinggalah salah seorang grup kami yang inform kat aku. ah! lantak-lah. Dato' ke atok ke bukan keutamaan aku. mungkin ada kata tipu karier macam aku tak pandang pangkat tapi peduli apa orang kata. aku tau kerja aku jalan dan yang penting, janji ongkosnya di bagi!

sampai je aku kat negeri selatan tanah melayu, Dato' datang kat aku dengan senyuman orang tua ber-isteri satu dan ber-anak lima. Geli-geleman juga kadang-kadang tengok kerenah orang tua perasan muda tapi aku kena tolak tepi rasa itu dan buat-buat senyum. dah memang kerja aku rata-rata lelaki yang aku dampingi sebaya si Dato' botak ni. yang muda bukan takde cuma bukan 'taste' aku. ehe. Dato' hulur tangan, aku sambut. Dato' kata aku malu-malu. diri aku sebenar memang pemalu tapi kalau dalam karier aku ni, malu kena letak no.10, nak buat macam mana dah terpaksa.

dalam kereta, kami bual biasa. tanya itu ini yang aku nak tahu dan dia jawab itu ini apa yang aku patut tahu.  tengah bual-bual, wife dia call. dia bagi isyarat suruh aku senyap. bla bla bla. dia cakap pasal anak-anak. gelak-gelak. gurau-gurau. kalau dah bahagia, kenapa makan luar? ah! persoalan yang tak patut aku tanya. masing-masing ada sebab tersendiri. aku cuma perlu jalankan tugas. selesai je dia berbual dengan wife, dia tanya aku nak makan mana. aku jawab tempat biasa, taknak western. bukan apa, dah cara aku kalau pergi ke tempat-tempat aku jarang singgah, aku lebih suka carik makanan pure kawasan tu.

dia berhenti di satu kedai makan, penuh kereta budak-budak muda sebaya aku. aku keluar kereta, Dato' hulurkan tangan, aku sambut. kami berjalan masuk, duduk dan order makan minum. mata-mata khalayak ramai dari tadi tak henti lihat kami berdua. aku buat macam biasa. Dato' lebih banyak bercakap dari aku masa makan. selesai makan, Dato' kata dia nak bawa aku shopping, dia bayar. aku kata taknak dan bagi alasan aku nak rehat je. kalau ikut cakap kawan aku, baik kikis duit orang-orang tua yang aku dampingi tapi entah lah aku tak perlukan lebih, cukup sekadar bayaran untuk apa yang aku lakukan dan mungkin juga kerana prinsip aku yang satu ni, nama aku paling cepat naik dalam grup kami.

aku minta Dato' terus ke apartment dia. kawasan tu ramai cina. Dato' kata dia suka kalau jiran-jiran cina tak sibuk hal orang lain. masing-masing sibuk kerja dan berhibur. aku iyakan je apa dia cakap. aku minta izin nak guna bilik air untuk mandi dan ambil wuduk. Dato' minta aku tunggu dia mandi dan berwuduk. Dato' minta aku sembahyang dengan dia. sembahyang maghrib dan isyak bersama. Dato' minta aku hanya guna baju kemeja dia sebagai baju tidur aku malam tu. Dato' mula panggil aku sayang dan puji aku nampak comel dengan kemeja dia yang besar dan macam baju kelawar tu. meremang dengar tapi aku kena kebal dengan rasa meluat, menyampah dengar panggilan manja dan kata-kata manis.

aku ke dapur dan minta izin untuk minum air mineral, Dato' menyuruh aku tuangkan dua gelas susu Dutch Lady. satu untuk dia, satu untuk aku. sambil tonton mega movie kat tv3, kami berbual, bergurau. adakala Dato' cuba tanya aku kenapa aku tolak pelawaan dia selama dua tahun, aku cuma diamkan. aku sengaja renggangkan hubungan kami sebelum ni sebab aku dah mula timbul rasa sayangkan dia dari awal pertemuan kami. entah macam mana sayang tu wujud pun aku tak tahu. karier aku sepatutnya membataskan ada rasa sayang, sebab selalunya sayang tu hanya satu pihak, satu pihak lagi cuma hanya ada nafsu.

selesai menonton mega movie, aku minta izin masuk ke bilik untuk tidur. Dato' kata dia nak tengok nightline, dia minta aku tidur kat sebelah dia dulu. temankan dia. orang tua memang mengada-ngada. makin tua makin macam budak kecik. aku angguk lembut dan dia rapatkan kepala aku kat dada dia. dalam gelap tu sempat aku jeling-jeling tengok muka Dato'. rindunya aku pada dia dah terubat tapi sampai bila aku nak macam ni. sayangkan suami orang? urgh. tak mungkin. aku perempuan. aku tahu peritnya kalau orang yang aku sayang berlaku curang.

Dato' perasan aku tak tidur lagi, dia usap rambut aku lembut, dia kucup dahi aku. tangan dia mula menjalar. aku serahkan diri aku malam tu buat kali pertama pada tahun tu untuk lelaki yang bernama Dato' Sam. aktiviti kami selesai sampai 2pagi, dan aku minta Dato tidur awal, katanya dia ada kerja esok. alarm clock berbunyi pukul 6.30pagi, aku kejutkan Dato'. dia tak bangun-bangun. aku kejutkan lagi. tak bergerak. iyarkh! dia tarik badan aku naik kat atas badan dia. sumpah aku terkejut. tiba-tiba Dato' jadi harimau rakus pagi-pagi buta. pagi tu aku kena lagi. selesai je harimau baham kambing. Dato' suruh aku sambung tidur. dia bersiap-siap dan sempat sentuh kaki aku bagitahu dia nak gerak ke pejabat. aku angguk perlahan.

aku tak boleh tidur. aku bangun. kemas katil. kemas bilik dia, kemas dapur, ruang tamu. buang apa yang patut tapi tak alihkan apa-apa barang. takut ada yang penting. tengah sesi kemas-mengemas, aku terpandang satu resit bank milik Dato', terkejut aku lihat total savings yang dinyatakan. ah ! patut lah dia tak pernah kisah nak masukkan 1k kat akaun aku setiap bulan. duit hujung lidah je 1k bagi dia. aku letak balik resit tu macam mana aku ambil tadi.

dah pukul 10pagi, baru aku mandi, rasa lapar. aku minum segelas susu Dutch Lady yang ada tiga kotak besar dalam fridge Dato'. Dato' kuat minum susu agaknya. tengah aku sedap layankan minum susu dan tengok anak-anak cina mandi kat kolam apartment, Dato' call suruh aku bersiap untuk lunch dan hantar aku balik. katanya isteri dia nak datang malam nanti. aku jawab dengan nada ceria, 'baik bos!'. dalam hati, nak je aku protes. baru beberapa jam dapat bersama Dato', dah kena pisah. haih. kalau macam ni pun aku tak dapat nak kongsi kasih lagi hidup bermadu. konfem hari-hari aku merajuk tapi Dato' takkan tahu pun. sikit pun tak pernah aku tunjukkan rasa sedih atau kecik hati, aku nak dia happy sepanjang ada dengan aku.

lepas lunch, dia hantar aku balik. sampai je depan rumah, dia tarik tangan aku masa aku nak keluar kereta, dia hulur RM500, buat belanja katanya. aku cakap tak payah, duit yang dia bank in kan selama ni pun tak luak lagi. aku sengaja tak guna, sayang. dia berkeras suruh aku ambil, akhirnya dia sumbat duit tu kat poket seluar aku. sebelum aku keluar dari kereta, dia bisikkan kat aku, 'you buat i happy, take care, love you'. dia cium kat dahi lama sampai buat aku nak menangis. aku terus tunduk, tak toleh, terus masuk rumah. ah! lelaki.. entah apa yang kau maksudkan dengan happy. kalau lah kau tahu apa yang aku rasa.

...................................................................................................................................


si temah - gadis muda yang merasakan cinta itu hanya dalam hati dan tak dapat diluahkan. kalau luahkan sekalipun, adakah cintanya di balas?




sisi tepi hidup - mereka bukan keluarga atau kawan rapat tapi orang yang aku kenal mungkin dalam semalam dua dan sanggup berkongsi cerita sambil hirup kopi muar.

No comments:

Post a Comment