Sunday, February 19, 2012

sebab si celaka ehehehe

Assalamualaikum semua ... ! :)

menyampah meluat dikelilingi manusia berlagak 'ahli sorga' padahal ada aje kesilapan yang kau buat. ah ikutkan aku nak je sembur depan-depan tapi fikirkan emak. ye emak aku yang akan jeling kaw-kaw kalau aku bersuara dan tak jaga adab. ah adab-adab sampai bila nak kena beradab dan biar orang bodoh sombong berkuasa.

entah lah bukan nak puji mak ayah aku. mereka bukan qari dan qariah peringkat kebangsaan ke apa tapi mereka tahu juga didik anak. celaka. kalau kau berani nak bersuara tentang goyangnya akidah aku dan salahkan mak ayah aku. celaka. kalau kau nak komen cara mak ayah aku didik aku. celaka. kalau kau nak kata mak ayah aku tak pentingkan Islam. memang celaka. sebenar aku nak sebut lembu pink tu tapi terpaksa guna celaka aje sebab mak aku tak bagi sebut binatang tu so biar dalam hati jela.

aku tahu mak ayah aku bukan jenis rajin berkasar kalau anak buat silap tapi setiap adik beradik konfem terkesan kalau mak ayah dah mula sesi kaunseling. sesi kaunseling tu bila kau SAHAJA yang berdepan dengan mak ayah untuk meluahkan ketidak puasan hati dan pengakuan bersalah. lepas tu, kau akan berdepan pula dengan kata-kata pesanan penaja dari mak ayah. masa ni memang tersentap habis. lagi-lagi bila akhir-nya kau akan dipeluk erat oleh mak ayah. haih. rasa nak buat salah selalu baru lah sedar mak ayah ambik berat rupanya. aha

susah lah kalau ada manusia yang rasa dia serba baik, mak bapak atok nenek dia aje yang tahu agama. macam orang lain tu kafir bebeno. orang macam ni buat aku rasa Islam tu agama complicated pulak sedangkan bila aku contact dengan tuhan sendiri macam cool je. cool tu kau akan rasa sendiri, susah nak jelaskan tapi siapa yang rasa, tahu lah. dah lah, celaka-celaka nak cakap apa pun cakap-lah, janji aku tahu tuhan dengan aku tetap ngam-ho.

No comments:

Post a Comment